• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

KEZALIMAN YANG TERSEMBUNYI

Melambat-lambatkan membayar zakat dengan sengaja atau bertangguh menunaikan zakat itu adalah suatu kezaliman. Kezaliman yang tersembunyi, yang banyak orang tidak menyedarinya. Mengapakah hal ini dikira sebagai suatu kezaliman?

Pertama, kerana membiarkan harta yang sepatutnya telah dibersihkan dengan menunaikan zakat akhirnya menjadi kotor dan tercemar. Lalu harta yang telah kotor dan tercemar itu, digunakan pula untuk memenuhi keperluan hidup diri dan keluarga. Mana mungkin datangnya barakah Allah SWT jika yang sudah masuk ke dalam tubuh itu sesuatu yang tidak lagi bersih. Kezaliman ini disebut sebagai kezaliman terhadap diri sendiri.

Kedua, setiap sen zakat yang sudah jelas wajibnya atas kita itu ada asnaf yang menanti untuk dibantu terutama sekali asnaf fakir dan asnaf miskin. Mereka golongan yang berhak, iaitu mustahiq. Hak mereka perlu ditunaikan segera. Hak mereka akan tertangguh selama mana kita bertangguh menunaikan zakat yang wajib atas kita itu. Tindakan manangguhkan hak orang lain yang ada pada harta kita itu juga dikira sebagai suatu kezaliman.

Usahlah bertangguh dalam melaksanakan kewajipan berzakat. Semoga barakah Allah SWT melimpahi kehidupan kita daripada setiap sen harta kita yang sudah dibersihkan dengan berzakat. Amatlah malang bagi mereka yang tidak bersegera menunaikan kewajipan berzakat sehingga tidak sengaja berbuat zalim kepada diri sendiri dan golongan mustahiq. Mudah-mudahan keberkatan dan keredaan Allah SWT sentiasa menaungi orang yang bersegera dalam berzakat.

Jom tunaikan zakat dengan segera setelah cukup segala syarat wajibnya. Zakat Perak-MAIPk ada untuk memudahkan anda melaksanakan kewajipan yang penting ini. Kami menyediakan pelbagai platform pembayaran zakat. Boleh saja melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.