• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

ZIARAH ASNAF DAERAH IPOH

IPOH, 18 April - Program Ziarah Asnaf merupakan aktiviti berkala yang dijalankan bagi meninjau keadaan para asnaf yang telah menerima bantuan sebelumnya. Program ini juga merupakan keprihatinan MAIPk bagi memastikan nasib para asnaf terbela dalam menyediakan khidmat agihan zakat yang dipertanggungjawabkan. Ia diadakan di setiap daerah yang terpilih dari masa ke masa.

Hadir sama dalam program ziarah asnaf Daerah Ipoh pada kali ini ialah YBhg. Dato’ Haji As'ad bin Awang, Anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak yang juga merupakan ahli Majlis Fatwa Negeri Perak, Puan Wan Maizura Bt. Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Ustaz Rohizan Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Puan Zaleha Bt Wan Din, Pegawai Baitulmal Daerah Ipoh, dan beberapa orang pegawai MAIPk.

Team ziarah asnaf MAIPk yang menyertai program kali ini sempat menziarahi lima lokasi iaitu rumah-rumah asnaf dan Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik di sekitar Ipoh iaitu di Jalan Kuala Kangsar, Lahat, dan Jalan Bendahara.

Bantuan sagu hati tunai, beras fidyah dan barangan makanan serta keperluan dapur dihulurkan kepada asnaf bagi setiap rumah yang kami kunjungi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ziarah asnaf pada kali ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih para muzakki yang sentiasa bersama-sama MAIPk. Usaha sebegini akan sentiasa diteruskan lagi pada masa akan datang. Masih banyak yang memerlukan bantuan anda. Teruskan menyokong MAIPk dalam menyantuni asnaf. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Dana zakat daripada anda memberi sinar baharu buat asnaf. “Daripada Anda, Untuk Mereka.” Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton di Instagram dan Facebook MAIPk
https://www.instagram.com/reel/CrNtOFEOM33/?igshid=YmMyMTA2M2Y=





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.