BANTUAN BINA RUMAH : KEDIAMAN YANG SELESA
Mohamad Ghazali bin Mohd Nor
Parit 10, Sungai Manik, Teluk Intan
TELUK INTAN - Encik Ghazali kini sudah mencecah usia 58 tahun. Pada usia sebegini dia masih lagi bekerja dengan mengusahakan 2 ekar tanah sawah yang disewa daripada penduduk tempatan. Tanah sawah itu disewa dengan harga RM350 seekar. Pendapatan bulanannya sekitar RM1000. Dia perlu bekerja untuk menyara keluarganya. Ditambah lagi dua orang anaknya masih bersekolah.
Anak sulungnya menjual burger di simpang jalan berhampiran dengan rumah mereka. Dengan penghasilan bulanan sekitar RM900, dia membantu melunaskan bayaran sewa rumah mereka sebanyak RM350 sebulan. Pendapatan Encik Ghazali dan anak sulungnya hanya cukup untuk membayar sewa rumah, sewa tanah sawah dan untuk kegunaan makan dan minum mereka anak-beranak. Encik Ghazali tidak mampu menabung apatah lagi membina rumah sendiri. Akhirnya, dia memohon bantuan MAIPk untuk memiliki rumah sendiri di atas tanah milik isterinya.
Permohonannya diluluskan. Pada 8 Mac 2023 yang lalu, Pegawai MAIPk Daerah Teluk Intan, Ustaz Johar bin Zainal Abidin telah menyerahkan kunci rumah baharu kepada mereka sekeluarga. Rumah jenis 3 bilik berkeluasan 850kp itu bernilai RM76,500. Terima kasih diucapkan kepada muzakki. Dana zakat daripada anda memberikan kediaman yang selesa buat mereka sekeluarga. Teruskan menyokong MAIPk kerana masih banyak yang memerlukan bantuan anda. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton di IG dan Facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/716973326838549