• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : DI PENGHUJUNG USIA

Noriah binti Hashim
Rumah Awam, Jalan Slim Lama

MUALLIM - Puan Noriah kini berusia 70 tahun. Suaminya pula kini mencecah 80 tahun. Mereka mempunyai tiga orang anak. Seorang anaknya merupakan OKU yang terlantar. Dia bersama-sama suaminya yang menguruskan anak istimewa mereka. Anaknya itu menerima bantuan daripada JKM sebanyak RM300 sebulan. Perbelanjaan harian mereka pula bergantung pada wang pencen suaminya sebanyak RM609.60.

Sekali lagi ujian datang menimpa. Pada bulan Julai yang lalu, tekanan darah tinggi Puan Noriah naik mengakibatkan pembuluh darah di kepalanya pecah. Kini dia terlantar dan tidak mampu menguruskan dirinya. Oleh itu, dia dan anaknya yang terlantar itu bergantung sepenuhnya pada kudrat suaminya untuk menguruskan mereka. Dua orang lagi anaknya akan bergilir-gilir pulang ke kampung untuk membantu menguruskan mereka. Puan Noriah memohon bantuan MAIPk untuk membantu mereka membeli peralatan perubatan dan keperluan lain.

Syukur MAIPk Daerah Muallim sudi menziarahi mereka dan menyalurkan Bantuan Perubatan MAIPk berupa beberapa jenis ubatan dan peralatan lain seperti katil hospital, kerusi roda, susu khas dan lampin pakai buang. Bantuan berjumlah RM10,500.00 itu telah diserahkan oleh Pegawai MAIPk Daerah Muallim, Encik Nabil Fikri bin Mohamad dan Encik Mohamad Rosmini bin Mohamad Rosli.

Semoga dengan bantuan ini meringankan bebanan yang ditanggung mereka. Terima kasih para muzakki yang terus menyokong MAIPk. Dana zakat daripada anda membantu asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

https://www.facebook.com/reel/213507711224341

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.