BANTUAN PERUBATAN : TERUSKAN MEMBANTU
Azlan bin Mohd Ismail
Batu 9, Jalan Jelapang, Chemor
IPOH - Encik Azlan kini berusia 32 tahun. Dia menghidap Cerebral Palsy dan terlantar sejak berumur 8 bulan lagi. Pakar Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh mengesahkan dia berada pada tahap keupayaan yang amat teruk dan OKU kekal serta tidak berupaya untuk bekerja, apatah lagi menguruskan dirinya sendiri.
Ibunya yang menguruskan Encik Azlan sehingga ke hari ini. Ibunya merupakan pesara kerajaan. Ibunya terpaksa bersara awal bagi menguruskannya dan ayahnya yang lumpuh separuh badan. Dengan wang pencen ibunya sebanyak RM1784.80 itu hanya mencukupi untuk menampung kehidupan mereka dan juga perbelanjaan adik-adiknya yang masih menuntut di IPT.
Encik Azlan perlu dipakaikan lampin pakai buang bagi memudahkan ibunya menguruskannya. Encik Azlan juga disarankan mengambil susu khas bagi memenuhi keperluan nutrisi tubuhnya. Sebulan dia memerlukan sehingga 9 tin susu khas kerana dia tidak boleh makan seperti biasa. Ibunya tidak mampu membeli lampin dan susu khas tersebut. Syukur MAIPk menghulurkan bantuan bekalan susu dan lampin sejak bulan Mei 2021. Bantuan tersebut perlu diperbaharui setiap enam bulan sekali.
Terbaharu MAIPk menyalurkan Bantuan Perubatan kepada Encik Azlan berupa 72 paket lampin pakai buang, 30 paket Panmate Underpad dan 54 tin susu khas untuk tempoh enam bulan. Bantuan tersebut berjumlah RM8,558.40. Terima kasih para muzakki yang sentiasa bersama kami. Dana zakat daripada anda membantu mereka yang memerlukan. Teruskan sokongan anda dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Imbas kod QR pada poster yang disediakan untuk berzakat. Zakat anda juga boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my