• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : BERKAT KESABARAN

Ismail bin Puteh
Kg. Kurnia Jaya, Kamunting

TAIPING - Encik Ismail dan isterinya merupakan pasangan ceria yang menetap di Kampung Kurnia Jaya sejak 4 tahun yang lalu. Mereka disenangi oleh jiran-jiran dan kenalan. Pasangan ini dikurniakan lima orang anak. Tiga orang anak mereka masih menuntut di IPT manakala dua orang lagi masih bersekolah menengah. Antara anak mereka itu, ada yang mendapat biasiswa tajaan MAIPk.

Encik Ismail bekerja sebagai tukang mesin rumput. Purata pendapatan bulanannya sekitar RM1040.00. Dengan pendapatan itulah dia menafkahi keluarganya dan menampung persekolahan anak-anaknya. Mereka tinggal di rumah sewa dengan kadar sewa RM300 sebulan. Akhir-akhir ini, permintaan potong rumput berkurangan menyebabkan dia tidak mampu lagi untuk membayar sewa rumah.

Keadaan rumah sewa dua bilik itu juga perlu dibaiki. Namun, Encik Ismail tidak mampu mencari rumah sewa yang lebih baik dan lebih luas dengan kadar sewaan yang rendah di kawasan Kamunting itu. Akhirnya, Encik Ismail memohon bantuan MAIPk.

Syukur kerana Allah SWT memperkenankan doa mereka. Rumah baharu jenis 3 bilik berkeluasan 850kp itu telah menjadi milik mereka. Rumah yang bernilai RM76,500.00 telah disampaikan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Taiping, Ustaz Zulfadli Baharum. Rumah tersebut dibina di atas tanah pemberian daripada Kerajaan Negeri kepada golongan miskin. Terima kasih muzakki atas sokongan anda. Teruskan bersama-sama Zakat Perak-MAIPk untuk menyantuni asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

https://www.facebook.com/reel/1430905580999759

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.