• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : BANTUAN PESAKIT TERLANTAR

Zulkifli bin Abdul Latiff
Kampung Sungai Rokam, Ipoh

IPOH - Encik Zulkifli berumur 67 tahun merupakan pesakit strok dan sebelah kanan badannya tidak dapat bergerak. Dia juga menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. Encik Zulkifli dan isterinya tidak bekerja atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Perbelanjaan harian mereka dan dua orang anaknya hanya bergantung kepada bantuan bulanan JKM sebanyak RM500.


Encik Zulkifli merupakan penerima bantuan perubatan MAIPk berupa susu khas untuk keperluan nutrisi yang diperlukan badannya. Susu tersebut agak mahal dan tidak mampu dibelinya sendiri. Bantuan bekalan susu khas ini perlu diperbaharu setiap enam bulan sekali.
MAIPk Daerah Ipoh menyambung bantuan bekalan susu khas untuk Encik Zulkifli sebanyak 50 tin untuk tempoh enam bulan ke hadapan. Bantuan perubatan ini berjumlah RM4,945. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung Encik Zulkifli sekeluarga.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada para muzakki di negeri Perak. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar lebih banyak asnaf yang dapat kami santuni. Tunaikan zakat anda sebelum atau pada 31 Disember untuk mendapatkan 100% rebat cukai LHDN. Kunjungi kaunter zakat yang berhampiran atau berzakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.