MAIPk Terima Bayaran Zakat Perniagaan Dan Pendapatan Berjumlah RM2,987,122.31
KUALA LUMPUR, 6 Disember 2022 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM2,987,122.31 daripada empat syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Changkat Persekutuan, hari ini.
Penyerahan itu didahului Bank Simpanan Nasional diwakili oleh Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujiburrahman Abd Rashid dengan menunaikan zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM2,310,000.00.
Ia diikuti Affin Islamic Bank Berhad diwakili Pengerusi Affin Islamic Bank Berhad, Haji Musa Abdul Malek dengan jumlah zakat perniagaan RM325,000.00.
Seterusnya menunaikan zakat perniagaan ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan jumlah RM227,872.84 diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak, Haji Mohd. Rosli bin Haji.Basri.
Turut menurut zakat perniagaan ialah Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad dengan jumlah RM124,249.47 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Nor Azman Zainal.Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr. Mohd Zahidi Zainuddin, YBhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Seri Mohamad Othman bin Zainal Azim, Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Mohd. Annuar bin Zaini, Anggota MAIPk, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.