KAUNTER BERGERAK MAIPk
IPOH, 26 November 2022– Bertempat di SMK Ulu Kinta, Ipoh, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah dijemput untuk membuka kaunter bergerak zakat dan wakaf sempena Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah SMKUK 2022. Kaunter tersebut dibuka dari awal pagi sehingga jam 1 petang. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Sepanjang tempoh kaunter bergerak itu dibuka, kami menerima kunjungan lebih 30 orang guru dan kakitangan sekolah sama ada untuk membuat bayaran zakat, mentaksir zakat, menyertai Skim Potongan Zakat Berjadual, bertanyakan tentang wakaf dan menyumbang kepada tabung wakaf tunai.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru besar, seluruh pentadbir, kakitangan serta warga pendidik SMK Ulu Kinta atas kerjasama dan sokongan yang diberikan seterusnya menjayakan pembukaan kaunter bergerak MAIPk ini. Syabas dan tahniah diucapkan buat semua yang terlibat. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.
Ayuh bersama kita mempromosikan kaunter bergerak MAIPk dan tabung wakaf tunai WPAR. Mana-mana organisasi yang berhasrat menjemput MAIPk untuk menjalankan program sebegini di premis masing-masing, bolehlah menghubungi Bahagian Pemasaran MAIPk menerusi talian pejabat 05-2084100 atau berhubung terus dengan Ustaz Shameer di talian 018-9529740. Tetapkan janji temu untuk pihak kami berkunjung ke premis anda.