• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL PERALATAN : LAUT SUMBER PENDAPATAN

Abdul Ehsham bin Ahmad
Jalan Teluk Batik, Lumut

MANJUNG - Encik Ehsham atau lebih mesra dipanggil Encik Sham merupakan anak jati Lumut, Perak. Sudah berkahwin dan memiliki empat orang cahaya mata. Anak sulungnya sudah bersekolah di peringkat menengah manakala dua lagi anaknya masih di peringkat sekolah rendah.

Encik Sham bekerja sebagai nelayan dan menangkap ikan di tengah laut. Purata pendapatan bulanannya adalah sebanyak RM1200. Dengan pendapatan hasil laut itulah untuk menyara keluarganya. Isterinya merupakan suri rumah tangga. Anak bongsu mereka dilahirkan tanpa dubur dan telah menjalani pembedahan pada tahun 2020 yang lalu ketika berusia 6 bulan. Kini anaknya masih perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Ipoh pada setiap bulan.

Mujur anaknya ada menerima bantuan kewangan bulanan daripada Baitulmal sebanyak RM300. Dengan bantuan tersebut dapat menampung kos mereka berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan buat anak bongsunya itu.Encik Sham bekerja sebagai nelayan laut tengah. Sampan berukuran 19 kaki panjang milik Encik Sham yang dibeli dengan harga RM5000 pada tahun 2011 merupakan hasil bantuan daripada adik-beradiknya. Namun, akhir-akhir ini, Encik Sham tidak dapat turun ke laut mencari rezeki seperti biasa kerana enjin botnya rosak dan dia tidak mampu membeli enjin yang baharu.

Encik Sham terpaksa meminjam sampan milik rakannya yang lebih ringan dan bersaiz kecil untuk berdayung di pesisiran pantai mencari sesuap rezeki. Beliau telah memohon bantuan daripada Baitulmal, alhamdulillah permohonannya diluluskan. Puan Habibi binti Ridwan selaku Pegawai MAIPk Daerah Manjung telah menyerahkan bantuan modal peralatan kepada Encik Sham berupa sebuah enjin bot Yamaha 40HP yang bernilai RM11,900. Semoga dengan bantuan ini Encik Sham dapat ke laut seperti biasa mencari rezeki dan mencukupkan keperluan mereka sekeluarga.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.