• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk TERIMA ZAKAT BERJUMLAH RM46,126.50

SERI ISKANDAR, 26 Oktober 2022 - MAIPk menerima zakat perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Bota/Lambor sebanyak RM46,126.50 di Program Karnival Peladang di Kawasan Parlimen Parit. Penyerahan replika cek tersebut dibuat dalam atur cara Majlis Ilmu Bersama Ustaz Syamsul Debat pada jam 4.45 petang yang bertempat di Dewan Dato Ahamed Hambal, Bota Kanan, Perak.  

Tajuk yang dikupas oleh al-Fadhil Ustaz Syamsul Debat membicarakan tajuk 'Peranan Dan Tanggungjawab Peladang Terhadap Ekonomi Ummah'. Majlis tersebut dihadiri oleh 250 orang termasuk pegawai dan kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan Bota/Lambor. Turut sama hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Baitulmal Daerah Seri Iskandar, Encik Ahmad Nazri bin Hassan.

Majlis ilmu ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Parit, YB Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, YB Khairul Shahril Mohamed dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bota/Lambor Tuan Haji Mior Shahrin bin Mior Mohamad Yusop AMP, PPT.

Kami menyucapkan jutaan terima kasih kepada pertubuhan Peladang Kawasan Bota/Lambor kerana menunaikan zakat perniagaan dengan Zakat Perak-MAIPk. Semoga zakat yang ditunaikan diterima Allah SWT serta perniagaan anda semakin maju dan diberkati Ilahi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.