LATIHAN KEUSAHAWANAN ASNAF MAIPk : KURSUS REFLEKSOLOGI DAN URUTAN MOBILE
IPOH - Seramai 20 orang peserta program Latihan Keusahawanan Asnaf MAIPk bagi Kursus Refleksologi dan Urutan Mobile selesai menjalani 2 fasa kursus. Kursus yang diamanahkan kepada Syarikat D'Alam SPA telah melalui 2 fasa kursus (1 fasa - 3 hari) pada bulan September dan Oktober 2022.
Kursus ini bertujuan bagi melahirkan juru terapi berkemahiran dan berkualiti dalam teknik urutan refleksologi yang akan dilaksanakan secara 'mobile'. Para peserta juga dilatih kaedah pengurusan kewangan serta penggunaan aplikasi digital agar perniagaan yang akan dijalankan sentiasa menepati keperluan serta kehendak pelanggan.
Majlis penutup dan penyampaian kit permulaan perniagaan kepada para peserta telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, En. Rohizan bin Hj. Omar dalam majlis yang diadakan di Hotel Travelodge, Ipoh. Turut hadir ke majlis tersebut Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak, En. Mohamad Rozlan Bin Mohamad Razalli, Pengarah MCMC Negeri Perak, Pn. Hanita Izam Bt Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan MARA Negeri Perak & Wakil daripada Sekretariat Pembangunan Wanita & Masyarakat Negeri Perak.
Para peserta kini telah boleh menjalankan perniagaan serta memberikan perkhidmatan kepada masyarakat untuk menjana pendapatan buat menampung keperluan sara hidup keluarga sambil dipantau serta dibimbing oleh syarikat penyedia latihan selama 4 bulan bagi memastikan kesemua teknik dan ilmu yang dipelajari agar digunakan sebaik mungkin. Jom semua kita mencuba perkhidmatan urutan refleksologi daripada para usahawan asnaf MAIPk.