Sultan Perak terima zakat RM2.6 juta bagi pihak MAIPk
IPOH, 18 Oktober 2022- DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Mahgfur-Lah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM2,620,200.13 daripada lima syarikat korporat dan koperasi kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak di Istana Kinta.
Penyerahan zakat itu didahului oleh Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Mubarak Ali bin Gulam Rasul dengan jumlah bayaran RM1,338,838.41.Ia diikuti Ipoh Specialist Hospital Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Yusmah binti Salleh dengan jumlah zakat perniagaan RM488,568.78. Sementara itu, Perak Integrated Network Services Sdn. Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Iwan Che Wan Bin Che Ismail menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000.00.
Turut menunaikan zakat perniagaan YP Nominess Holdings Sdn Bhd berjumlah RM321,738.25 diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Rozita binti Ramli. Selanjutnya, Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad diwakili oleh Pengerusi Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad, Tuan Mohd Hasrizad bin Zaman dengan jumlah zakat RM146,054.69.
Hadir sama dalam majlis tersebut YBhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Dato’ Seri Mohamad Othman bin Zainal Azim, Orang Besar Jajahan Kinta, YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Dato’ Ab Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.