BANTUAN MODAL : NELAYAN TEGAR
Jamaluddin bin Abdullah
Kg. Biong Sauk, Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR - Encik Jamaluddin atau lebih mesra dipanggil Pak Din sudah berumur 64 tahun. Berasal dari Kampung Biong Sauk. Sudah berumah tangga dan tinggal di rumah sendiri. Kini anak perempuannya tinggal bersamanya di rumah tersebut bersama tiga orang lagi cucu yang masih bersekolah. Kini tanggungjawab menafkahi anak dan cucu-cucu tergalas pada bahu Pak Din.
Pekerjaan hakiki Pak Din turun ke sungai dan menangkap hasil sungai untuk dijual di pasar yang berdekatan. Pada sebelah petang pula, Pak Din mengambil upah memotong rumput dan menebas semak. Pak Din juga melakukan kerja-kerja tersebut apabila tidak dapat turun ke laut. Dengan purata pendapatan bulanan sebanyak RM1200 itulah dia menampung perbelanjaan keluarga dan persekolahan cucunya.
Namun sejak kebelakangan ini, Pak Din tidak dapat turun ke sungai kerana enjin botnya telah rosak. Sampannya pula sudah rosak teruk dan sering tenggelam. Sebelum ini, apabila turun ke sungai, Pak Din akan mencedok air yang memasuki sampannya. Namun sampannya semakin bocor teruk dan perlu sentiasa mencedok air yang masuk ke dalam sampan hingga Pak Din tidak dapat menangkap ikan. Pak Din pernah tenggelam bersama sampannya, mujur dia masih cekap berenang menyelamatkan diri.
Dia tidak mampu membeli sampan dan enjin bot yang baharu. Bimbang tidak dapat membantu meringankan beban anaknya menampung persekolahan cucu-cucunya akhirnya pada 29 Mac 2022, Pak Din tampil memohon Skim Bantuan Peralatan daripada MAIPk untuk membeli sampan dan enjin bot yang baharu agar dapat turun menangkap hasil sungai seperti biasa.
Syukur Allah SWT menperkenankan doa Pak Din. Pada 11 Ogos 2022, Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor selaku pegawai MAIPk yang bertugas telah menyerahkan bantuan modal peralatan kepada Pak Din berupa sebuah bot fiberglass dan enjin Mercury Outboard berjumlah RM9000. Semoga dengan bantuan ini Pak Din dapat meneruskan kerjanya sebagai nelayan dan dapat meningkatkan pendapatan buat mereka sekeluarga.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my