BANTUAN MODAL : DEMI SESUAP REZEKI
Mohamed Sukri bin Abu Bakar
Kg. Rahmat, Changkat Sulaiman, Sungkai
TAPAH - Encik Sukri merupakan anak jati Kampung Rahmat, Sungkai. Dia sudah berkahwin dan memiliki seorang anak. Dia dan keluarganya tinggal menumpang di rumah ibu bapanya. Ayah Encik Sukri menerima bantuan RM300 sebulan daripada Baitulmal. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini, Encik Sukri telah menjalankan pernigaan kecil-kecilan di rumahnya. Encik Sukri dan isteri membuat pastri seperti kek, kuih-muih dan juga roti untuk dijual di hadapan rumahnya dan juga menjaja di tempat yang bersesuaian. Dengan anggaran pendapatan sebanyak RM700 itulah dia menyara keluarganya.
Dengan pendapatan itulah dia menyara keluarga yang terdiri daripada isteri, seorang anak serta ibu dan bapanya yang sudah uzur. Mereka tinggal menumpang di rumah ibu bapanya. Encik Sukri berniaga menggunakan apa yang ada. Pembakarnya bersaiz kecil dan tidak dapat membakar kek dan roti dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa serta perlu berulang kali membakar. Hingga adakalanya mereka terpaksa menolak tempahan sebahagian pelanggannya berikutan masalah tersebut.
Alat pembakarnya juga sering rosak dan menjejaskan produk yang mereka hasilkan kerana hangus dan sebagainya. Alat penanda suhu ketuhar pembakarnya sudah mengalami kerosakan. Kini jualannya sudah mendapat tempat di hati pelanggannya. Tempahan yang diterima semakin meningkat. Dia perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Akhirnya Encik Sukri tampil memohon Skim Bantuan Peralatan Perniagaan daripada MAIPk untuk membantu mengembangkan perniagaan pastri yang diusahakannya.
Besar harapannya agar MAIPk dapat menyumbangkan bantuan berupa mesin pengadun heavy duty dan ketuhar elektrik yang besar agar dapat menampung tempahan pelanggan yang semakin meningkat.
Melihatkan kesungguhan mereka dalam berniaga, MAIPk telah meluluskan bantuan peralatan buat Encik Sukri. Pada 23 Ogos 2022 yang lalu, Encik Mior Khairul Anas bin Rozali selaku Pegawai Baitulmal Daerah telah menyerahkan bantuan tersebut yang berupa ketuhar pembakar elektrik bersaiz besar, rak ketuhar, mesin pengadun elektrik dan sebuah meja yang kesemuanya berjumlah RM4,970. Diharapkan dengan bantuan ini dapat meningkatkan taraf ekonomi Encik Sukri sekeluarga.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my