BANTUAN BAIK PULIH RUMAH : ATAP DAPUR RUMAHKU
Zamzuri bin Mohd Khadladin
Kampung Jaya, Slim River
MUALLIM – Encik Zamzuri berumur 63 tahun dah masih sihat dan kuat untuk mencari nafkah buat dirinya. Dia bekerja sebagai nelayan darat dan menjual hasil sungai untuk menyara dirinya sendiri memandangkan dia seorang duda dan tidak mempunyai anak. Penghasilannya tidak menentu, kebiasaannya dia memperolehi RM300 sebulan. Jika nasib menyebelahinya, pendapatannya boleh mencecah sehingga RM500. Encik Zamzuri ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.
Encik Zamzuri tinggal di rumah pusaka milik kedua-dua orang ibu bapanya. Kini rumah yang sudah lebih separuh abad itu mulai uzur dan atap rumahnya mulai reput dan semakin banyak tempat yang bocor. Terutama sekali atap di bahagian dapur.
Setiap kali hujan, Encik Zamzuri akan sibuk menahan air yang menitis daripada atap yang bocor itu dengan bekas-bekas yang ada. Dia tidak mampu membaiki kerosakan atapnya kerana atap tersebut perlu digantikan keseluruhannya dan tidak boleh ditampal lagi. Akhirnya, dia tampil memohon bantuan baik pulih rumah daripada MAIPk. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan kerana bimbang jika dibiarkan akan mengakibatkan alang-alang kayu pada bumbungnya mereput kerana sering terdedah dengan kelembapan.
Setelah siasatan dijalankan, memang benar Encik Zamzuri layak untuk dibantu dan keadaan atap dapurnya sudah semakin teruk. MAIPk Daerah Muallim telah meluluskan bantuan baik pulih rumah buat Encik Zamzuri.
Akhirnya proses membaiki atap dapur rumah Encik Zamzuri pun selesai. Atap dapurnya telah digantikan dengan atap yang baharu. Bantuan baik pulih rumah kali ini berjumlah RM15,000. Diharapkan dengan bantuan ini meringankan beban yang ditanggung Encik Zamzuri dan menyelesaikan masalah yang ditanggungnya saban hari.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my