• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : API YANG MEMUSNAHKAN

Ngah Dimah binti Tamin
Kampung Padang Tembak, Kampar

KAMPAR - Puan Ngah Dimah sudah berusia 70 tahun dan tinggal bersama suami dan seorang cucu di sebuah rumah yang terletak di Kampung Padang Tembak. Suaminya ini merupakan suaminya yang kedua. Puan Ngah Dimah tidak lagi bekerja. Perbelanjaan bulanannya hanya bergantung kepada duit pencen arwah suami pertamanya yang berjumlah RM200 sebulan dan pencen ilat sebanyak RM600 sebulan.

Puan Ngah Dimah memelihara seorang cucu sebagai peneman mereka suami isteri. Anak perempuannya, iaitu ibu kepada cucu yang dipelihara itu hanya tinggal di sebelah rumahnya. Rumah mereka berkembar. Anak perempuannya mempunyai empat orang anak yang lain.

Pada 22 Julai 2021 berlaku suatu tragedi kebakaran yang memusnahkan rumahnya dan juga rumah anak perempuannya yang terletak bersebelahan dengan rumahnya. Api sangat marak hingga mereka hanya sempat menyelamatkan diri sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan barangan yang lain. Tragedi tersebut bukan sahaja memusnahkan rumah-rumah mereka, malah api tersebut juga mengorbankan nyawa suaminya yang tercinta.

Kini Puan Ngah Dimah dan keluarga anak perempuannya menumpang berteduh di rumah anak lelakinya yang tinggal berhampiran. Hendak mendirikan rumah yang baharu Puan Ngah Dimah tidak mampu. Dia nekad memohon bantuan bina rumah daripada MAIPk. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan.

Semasa team MAIPk turun menjalankan siasatan, anak perempuan dan menantunya diberikan bantuan kecemasan sebanyak RM200 setiap seorang. Melihat tapak rumah yang sudah tidak lagi mempunyai bumbung dan dinding itu, pihak kami bersetuju meluluskan permohonan mereka.

Pada 7 Jun 2022 yang lalu, kami menyerahkan semula rumah baharu yang telah siap dibina kepada Puan Ngah Dimah sekeluarga. Rumah 3 bilik yang berkeluasan 680kp dan bernilai RM61,200 itu telah diserahkan oleh Encik Shaiful Nizam bin Not selaku Pegawai Baitulmal Daerah. Diharapkan dengan bantuan rumah ini dapat menggembirakan hati dan mengubat kedukaan Puan Ngah Dimah sekeluarga.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.