Karnival MESRA Anak Muda (KAMU) @ Lokin O-Rama
Sukacita dimaklumkan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad akan menyempurnakan dan bersama-sama memeriahkan Karnival MESRA Anak MUDA (KAMU) @ Lokin O-Rama yang berlangsung pada 16-18 September 2022 di Stadium Indera Mulia. Program ini menyasarkan anak muda dan warga belia dari seluruh negeri Perak. Terdapat beberapa tarikan program di dalam karnival ini antaranya Karnival Kerjaya Perak Sejahtera, Belia Berselawat dan HTM Ipoh 7 Bridges Run.