PESERTA PROPER A MAIPk SELESAI MENJALANI LATIHAN & AMALI KURSUS PERBIDANAN 2022
KAJANG - 28-31 Ogos 2022 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) meneruskan tanggungjawab bagi memperkasakan ekonomi asnaf di negeri ini melalui pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Asnaf ( PROPER A ) tahun 2022.
Kali ini, 20 orang asnaf dari kaum hawa telah dipilih untuk mengikuti Kursus Perbidanan yang diadakan di Pusat Latihan MyBidan, Kajang, Selangor oleh Syarikat Beedan Network. Kesemua peserta ini telah selesai menjalani latihan fasa 1 selama 4 hari dan telah dibekalkan dengan set peralatan bagi menjalankan perkhidmatan pakej berpantang secara 'mobile' bermula bulan September 2022.
Para peserta telah lulus ujian teori dan amali yang dilaksanakan oleh pihak penyedia latihan serta telah menerima Sijil Pentauliahan sebagai Bidan Tauliah di bawah bimbingan MyBidan.
Orang ramai terutama kepada pasangan yang sedang menunggu kelahiran 'cahaya mata' serta kaum ibu kini boleh mendapatkan perkhidmatan para 'therapist' usahawan asnaf MAIPk ini. Pelbagai perkhidmatan lain turut disediakan dalam pakej-pakej yang ditawarkan khusus dalam bidang penjagaan selepas bersalin.
Semoga perkhidmatan yang ditawarkan akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan seterusnya dapat membantu para peserta ini menjana pendapatan buat keluarga mereka. Sebarang pertanyaan & tempahan perkhidmatan boleh berhubung dengan Unit Pembangunan Ekonomi Asnaf MAIPk di talian 019-5711384.Terima kasih para Pembayar Zakat Perak - MAIPk. Amanah anda, kami laksanakan.