• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : DEMIMU ANAKKU

Ahmad Tarmizi bin Radzi
Teluk Intan, Perak

TELUK INTAN - Encik Tarmizi berumur 45 tahun, berasal dari Teluk Intan, Perak. Sudah berkahwin dan memiliki tiga orang anak yang masih kecil dan masih bersekolah. Encik Tarmizi bekerja sebagai nelayan darat yang memancing udang dan ikan di sungai berdekatan dengan tempat tinggalnya. Dengan pendapatan sekitar RM700 sebulan itulah dia menyara keluarganya.

Isterinya pula mengambil upah membuat kuih-muih dan pekasam bagi membantu menampung perbelanjaan mereka. Encik Tarmizi sebelum ini bertugas sebagai pekerja am di sebuah organisasi. Namun diberhentikan akibat sering tidak hadir bekerja. Hal ini kerana ketika itu anaknya menghidap penyakit sawan tangis. Jadi dia perlu membantu isteri menjaga anaknya ekoran isterinya sedang pantang bersalin. Dia reda dengan keputusan tersebut dan pulang ke kampungnya di Teluk Intan untuk meneruskan kehidupan.

Mereka tinggal di rumah yang sempat dibelinya semasa bekerja tetap dahulu. Komitmen bulanan rumah itu adalah sebanyak RM350 sebulan. Adakalanya mereka terpaksa ikat perut untuk membayar bulanan rumah tersebut memandangkan pendapatannya kecil dan anak-anak pula masih bersekolah.

Encik Tarmizi mempunyai sebuah bot fiber yang masih boleh digunakan. Namun enjin botnya sering rosak kerana sudah digunakannya sejak tahun 2002 lagi. Sudah beberapa kali dia membaiki kerosakan enjin bot itu, dan ia mengambil masa beberapa hari sebelum boleh digunakan semula. Hal ini menyukarkan Encik Tarmizi untuk turun ke sungai mencari rezeki setiap hari. Jaring udang sedia ada pula sangat uzur dan kian reput kerana telah lama digunakan.

Hidup mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tanpa enjin bot dan jaring udang, menyukarkan Encik Tarmizi turun ke sungai untuk mencari sesuap nasi buat mereka sekeluarga. Dia tampil memohon skim bantuan modal daripada MAIPk. Alhamdulillah, rezeki tidak pernah salah alamat.

Permohonannya diluluskan. Pada 27 Mei 2022 yang lalu, MAIPk telah menyalurkan bantuan modal kepada Encik Tarmizi berupa sebuah enjin bot 15hp jenis Mercury dan juga pukat (jaring udang) jenis 35kg. Bantuan berjumlah RM8,900 itu telah disampaikan oleh Encik Johar bin Zainal Abidin selaku Pegawai Baitulmal MAIPk Daerah Teluk Intan. Semoga dengan bantuan ini memudahkan Encik Tarmizi mencari nafkah buat keluarga, semoga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para muzakki yang bersama-sama membantu kami meringankan bebanan yang ditanggung oleh Encik Tarmizi sekeluarga. Sesungguhnya zakat anda mungkin kecil di mata anda namun nilainya sangat besar buat asnaf di luar sana, malah dengan zakat anda itu dapat mengubah nasib kehidupan mereka. “Daripada anda, untuk mereka.” Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar lebih banyak asnaf yang dapat kami santuni. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Lebih mudah, pantas dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.