MAIPk DI HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK
IPOH – Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan bagi membantu dalam menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi oleh rakyat. Program ini disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi-agensi dalam negeri termasuk MAIPk sendiri. Program ini juga dinamakan dengan Program Mesra bertemakan “Rakyat Selamat, Negeri Sejahtera”. Program ini diadakan pada setiap hari Selasa, minggu kedua pada setiap bulan di Stadium Indera Mulia. Pelbagai kaunter jabatan kerajaan dalam negeri Perak dibuka merangkumi Kaunter Khidmat Pelanggan, Pameran dan Perkhidmatan Jabatan dan Agensi.
Dua kaunter yang mewakili MAIPk dibuka pada hari tersebut, iaitu Kaunter Khidmat Pelanggan dan Kaunter Bergerak. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Kebanyakan yang datang adalah daripada kakitangan kerajaan, swasta dan orang awam. Pelbagai urusan dibuat di kaunter termasuklah pentaksiran zakat, menjawab persoalan berkaitan skim bantuan zakat dan persoalan yang berkaitan dengan wakaf.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIPk, Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman. Enam orang pegawai MAIPk mengendalikan segala urusan di kaunter dalam program ini. Pihak MAIPk berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat yang hadir dari seluruh pelosok negeri Perak dan di sinilah salah satu tempat mereka boleh berhubung dan mengadu masalah. MAIPk berusaha membantu pelanggan menyelesaikan masalah serta aduan mereka sehingga perkara tersebut dapat diselesaikan.
Terima kasih diucapkan kepada semua pelanggan yang hadir. Permasalahan, aduan, suara serta idea yang dilontarkan kepada pihak MAIPk akan didengari. Pihak MAIPk akan terus berusaha melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa jika terdapat kekurangan daripada pihak kami.
Besar harapan kami agar MAIPk menjadi badan yang bertanggungjawab mengurus tadbir institusi zakat dan wakaf. Mandat yang diamanahkan ini untuk memastikan pengurusan diselia dengan cekap, berkesan, berkualiti lagi berintegriti. Pihak MAIPk berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh masyarakat negeri Perak. Aduan dan maklum balas daripada pelanggan penting untuk kami terus bergerak maju ke hadapan.