BANTUAN BAIK PULIH RUMAH : BERANDA RUMAHKU
Zulkifli bin Othman
Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu
PENGKALAN HULU – Encik Zulkifli berumur 55 tahun dan berasal dari Kampung Kuak Hulu. Dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Seorang anaknya sudah bekerja sebagai tentera manakala seorang lagi anaknya masih menuntut di IPTA. Encik Zulkifli menoreh getah untuk menyara keluarganya. Hasil jualan susu getah itu perlu dibahagi dua dengan pemilik kebun getah tempatnya bekerja. Purata pendapatan bulanannya hanyalah RM350 sahaja. Mujur anaknya yang sudah menjadi tentera itu mengirimkan duit belanja kepadanya kira-kira RM200 setiap bulan untuk menampung perbelanjaan dapur mereka.
Encik Zulkifli dan keluarganya hidup serba kekurangan, isterinya pula menghidap penyakit kemurungan sejak dua tahun yang lalu. Seorang anaknya masih memerlukan perbelanjaan kerana masih menuntut di IPTS. Adakalanya mereka perlu mengikat perut apabila wang belanja sudah habis sebelum sampai hujung bulan.
Kini beranda rumah pusaka yang didiami mereka sudah uzur dan hampir roboh. Hal ini membahayakan ahli keluarganya yang lalu berhampiran beranda tersebut. Bimbang beranda tersebut runtuh menimpa mereka. Hendak membaiki beranda tersebut manalah Encik Zulkifli mampu. Pendapatannya hanya cukup-cukup makan namun kerosakan beranda tersebut semakin parah. Lantas dia nekad memohon bantuan baik pulih rumah daripada MAIPk.
Besar harapannya agar permohonannya diluluskan. Dia berhasrat agar beranda tersebut dapat diruntuhkan dan dibina ruang tamu yang baharu. Hal ini kerana ruang tamu sedia ada telah dijadikan tempat berehat isterinya yang uzur. Keadaan rumah mereka semakin sempit dengan ketiadaan ruang tamu tersebut.
Alhamdulillah rezeki menyebelahi mereka sekeluarga. Beranda rumahnya diruntuhkan dan dibina semula bahagian itu sebagai ruang tamu yang baharu. Kos meruntuhkan dan pembinaan semula itu menelan belanja sebanyak RM12,000. Pada 20 Mei 2022 yang lalu, pembinaan semula ruangan yang baharu itu telah siap dibina sepenuhnya. Semoga dengan bantuan baik pulih rumah ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi Encik Zulkifli sekeluarga sebelum ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para muzakki di luar sana yang menunaikan tanggungjawap berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Dana zakat daripada anda kali ini telah bertukar bentuk kepada ruang tamu yang baharu buat Encik Zulkifli sekeluarga. Teruskan berzakat bersama kami kerana lebih banyak asnaf yang masih memerlukan bantuan. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX, lebih mudah, pantas dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my