BANTUAN MODAL : BISKUT YANG DIGEMARI
Rosemeda binti Abu Bakar
Kampung Cherok Jamuan, Kuala Kangsar
KUALA KANGSAR - Puan Rose yang berusia 52 tahun berasal dari Kampung Cherok Jamuan itu merupakan seorang ibu tunggal sejak tahun 2001 lagi. Dia mempunyai dua orang anak. Kedua-dua orang anaknya masih lagi belajar. Keadaan kesihatan Puan Rose semakin memburuk sejak insiden kemalangan yang menimpanya di tempat kerja lama semasa berkerja sebagai penyelia sebuah kilang di Ipoh. Kejadian itu menyebabkan kecederaan pada bahagian tulang belakangnya. Kesannya dia tidak boleh berjalan atau berdiri dalam tempoh yang lama.
Selepas kejadian tersebut, Puan Rose terpaksa bekerja sendiri dari rumah. Dia melakukan kerja-kerja mengikut kondisi kesihatannya. Kerana dia tahu hanya dia tempat anak-anaknya bergantung harap. Dia tidak mahu anak-anaknya terpaksa berhenti belajar ekoran dia yang tidak dapat bekerja seperti sebelumnya. Puan Rose mula mencari rezeki dengan menjual pelbagai jenis biskut. Malah dia juga turut menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti di tempatnya
Gigih membuat biskut setiap hari untuk dijual demi membesarkan dua orang cahaya matanya. Kini anak-anaknya telah menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Oleh itu, wang perbelanjaan untuk pembelajaran mereka semakin bertambah.Puan Rose hanya mampu membuat dan menjual biskut untuk menyara dirinya sekeluarga. Itupun dilakukannya secara duduk di atas kerusi sahaja. Akibat daripada kemalangan yang dialaminya di kilang tempatnya bekerja dahulu, dia mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakangnya menyebabkan dia tidak lagi dapat berjalan atau berdiri lama. Namun Puan Rose tidak pernah berhenti berusaha.
Berkat usaha gigih dan tanpa mengenal erti putus asa, biskut buatannya laris terjual dalam kalangan jiran tetangganya di kampung itu. Malah rakan-rakanya turut menyukai biskut-biskutnya. Pelanggan tetapnya semakin bertambah. Jadi Puan Rose berhasrat mengembangkan lagi perniagaan biskutnya itu.
Namun peralatan membuat biskutnya agak terbatas, oven dan mesin flour mixer yang digunakan berkapasiti kecil dan tidak dapat membuat biskut dalam jumlah yang banyak setiap kali membakar. Jadi Puan Rose tampil memohon bantuan modal peralatan daripada MAIPk demi mengembangkan perniagaan biskutnya.
Alhamdulillah rezeki menyebelahi Puan Rosemeda sekeluarga. Permohonannya untuk mendapatkan bantuan modal peralatan perniagaan daripada MAIPk diluluskan. Bantuan modal berupa 10L flour mixer dan oven elektrik 1 deck 1 tray berjumlah RM2770 telah disampaikan oleh Cik Nor Fadilah binti Mat Saad selaku pegawai MAIPk yang bertugas. Bantuan tersebut telah selamat diterima oleh Puan Rose pada 13 Jun 2022 yang lalu.
Terima kasih diucapkan kepada para muzakki yang istiqamah menunaikan zakat bersama Zakat Perak-MAIPk. Sesungguhnya zakat anda membantu kami menyantuni asnaf-asnaf di luar sana. “Daripada anda, untuk mereka.” Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my