• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : HIJRAH DEMI AGAMA

Ngah Judi bin Long Hamid
Kg. Orang Asli Sungai Peria, Kampar

KAMPAR – Encik Ngah yang berusia 42 tahun merupakan Orang Asli yang telah memeluk agama Islam bersama-sama isterinya, Pedah bt Bah Kelipit dan tiga orang lagi anaknya. Mereka berasal dari Kampung Sungai Peria, Kampar. Mereka sekeluarga tinggal menumpang di rumah orang tuanya yang juga didiami oleh ibu kandung, abang dan juga adik angkatnya. Encik Ngah menyara keluarganya dengan bekerja di kilang kuari yang terletak di Simpang Pulai dengan pendapatan sebanyak RM1645 sebulan. Dengan pendapatan tersebut dapatlah dia menyara keluarga dan menampung persekolahan anak-anaknya.

Tahun berganti tahun, kini anak-anaknya telah meningkat dewasa. Anak lelaki sulungnya sudah berumur 17 tahun. Manakala dua lagi anak perempuannya sudah berusia 13 tahun dan 8 tahun. Perkara ini semakin membimbangkan hatinya sebagai seorang bapa. Hal ini kerana mereka tinggal bersama ibunya dan adik beradik angkat yang belum memeluk agama Islam.

Apabila tinggal bersama keluarga yang bukan Islam, sudah tentu aktiviti dan amalan hariannya berbeza dengan orang Islam. Anak-anak perempuannya pula ada batas aurat yang perlu dijaga. Encik Ngah juga bimbang persekitaran ini akan mempengaruhi pertumbuhan anak-anaknya sebagai umat Islam. Dia bimbang anaknya akan keliru untuk membezakan ajaran Islam yang sebenar memandangkan dia sendiri sibuk bekerja dan tidak dapat meluangkan banyak masa untuk mendidik anak-anaknya tentang Islam.

Untuk memelihara iman dan kefahaman Islam anak-anaknya, Encik Ngah tampil memohon bantuan bina rumah daripada MAIPk. Alhamdulillah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut mencadangkan pembinaan rumah tersebut di Tanah Rezab Orang Asli bersebelahan dengan rumah ibunya. Syukurlah segala urusan pembinaan berjalan lancar.

Tanggal 5 April 2022 merupakan hari penyerahan kunci rumah baharunya. Rumah tiga bilik dengan keluasan 680kp itu bernilai RM61,200. Majlis tersebut disempurnakan oleh Encik Shaiful Nizam bin Not, Pegawai Baitulmal Daerah Kampar. Diharapkan dengan bantuan ini dapatlah Encik Ngah Judi sekeluarga hidup lebih selesa dan terpelihara iman dan Islam mereka. Amin!

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para muzakki yang menunaikan zakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Sesungguhnya zakat anda telah mengubah nasib keluarga ini. Teruskan kewajipan anda agar lebih banyak asnaf yang dapat kami santuni. "Daripada anda, untuk mereka". Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.