• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : SERI YANG DINANTI

Mohamad Isa bin Haji Abdullah
Kampung Baru, Layang-layang Kanan

SERI ISKANDAR - Encik Mohamad Isa bin Haji Abdullah berusia 74 tahun. Masih bekerja mengambil upah menjual asam keping. Dengan pendapatannya yang tidak menentu, beliau hanya mampu menumpang di rumah kakaknya. Dia yang merupakan salah seorang asnaf di kampungnya, terpanggil untuk memohon Skim Bantuan Bina Rumah MAIPk.

Satu bantuan khusus untuk asnaf membina rumah di atas tanah mereka sendiri. Permohonan beliau telah kami terima. Encik Ahmad Nazri bin Hassan selaku Pegawai Baitulmal Daerah mengetuai pasukan untuk menyiasat keadaan sebenar Encik Isa pada 4 Ogos 2021. Sememangnya tugas kami untuk menyantuni asnaf dan memastikan agar wang zakat sampai kepada mereka yang berhak menerima.

Setelah siasatan dibuat, diputuskan dalam mesyuarat tertinggi bahawa Encik Isa layak untuk menerima Bantuan Bina Rumah. Rumah yang bernilai RM54,000 itu dibina bersebelahan dengan rumah ibunya. Alhamdulillah ianya siap dibina dan diserahkan kepada Encik Isa pada 13 April 2022. Terukir kegembiraan pada wajah Encik Isa. Tidak pernah tergambar olehnya akan memiliki rumah secantik ini. Semoga pemberian rumah ini dapat memberikan keselesaan kepadanya.

Diharap juga pembayar zakat dapat istiqamah dalam usaha membela nasib para asnaf. Zakat tertunai, asnaf terbela. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX, lebih mudah, pantas dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.