• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

417 PELAJAR TERIMA BIASISWA BAITULMAL MAIPk

IPOH - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mengadakan Majlis Penyampaian Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022 di Hotel Impiana pada 19 Julai 2022. Seramai 417 pelajar menerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022 yang melibatkan dana zakat berjumlah RM417,000.00. Majlis penyampaian biasiswa telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari kepada 72 penerima biasiswa baharu Tingkat 4 dan 5 yang melibatkan 38 buah sekolah di seluruh negeri Perak.

Penerima bantuan biasiswa terdiri daripada asnaf fakir dan miskin Tingkat 4 dan 5 yang berpotensi cemerlang. Setiap pelajar menerima tunai sekaligus berjumlah RM1,000.00 yang disalurkan kepada akaun pelajar melalui pemantauan sekolah. Pelajar boleh memanfaatkan bantuan untuk persedian dan membeli keperluan pembelajaran (buku rujukan, peralatan tulis dan lain-lain).

Selain bantuan berbentuk kewangan, pelajar disediakan bantuan dalam bentuk program kecemerlangan bagi memastikan emosi dan rohani mereka bersedia untuk fokus kepada pembelajaran seterusnya meningkatkan prestasi seperti Program Motivasi, Program Tuisyen percuma (pecutan terakhir), Bengkel Tips dan Teknik Menjawab dan Program Pasca SPM iaitu Hijrah Asnaf ke Menara Gading yang memberi panduan membuat pilihan pengajian di peringkat pengajian tinggi berdasarkan minat dan kelayakan akademik.

Dalam majlis tersebut turut disampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM kepada 28 penerima Biasiswa Baitulmal MAIPk tahun 2021 yang telah mencapai keputusan cemerlang. Semoga, anak-anak ini menggunakan wang zakat ini dengan baik dan seterusnya mampu membantu meningkatkan prestasi mereka dan berjaya memperolehi kecemerlangan dalam pendidikan. Diharapkan dengan usaha MAIPk menyediakan biasiswa di samping bantuan persekolahan dapat membantu dan memastikan golongan yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna seterusnya membantu anak-anak asnaf meningkatan taraf hidup mereka dan semoga mereka perolehi kejayaan untuk keluarga mereka suatu hari nanti.

Turut hadir pada majlis ini Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan MAIPk, Puan Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Bakri bin Lee, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Puan Raudah binti Napiah Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Puan Izlin Hani binti Mohd Mokhtar serta guru-guru biasiswa sebagai guru pengiring pelajar biasiswa.

Penerima Anugerah Cemerlang SPM 2021





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.