BANTUAN BINA RUMAH : MENINGGALKAN YANG USANG
Mohd Shamsudin bin Abidin
Kampung Siam Batu 20, Batu Kurau
Bantuan Bina Rumah
TAIPING - Encik Mohd Shamsudin bin Abidin hanya bekerja kampung dengan beroleh pendapatan sekitar RM700 sahaja sebulan. Dengan jumlah pendapatan sekecil itulah dia menampung keperluan dirinya dan keluarga termasuklah tiga orang anaknya, ibu kandungnya serta ibu bapa mertuanya.
Mereka bertujuh tinggal di sebuah rumah pusaka yang sudah terlalu uzur, usang dan tidak begitu selamat untuk didiami lagi. Namun, rumah pusaka yang terletak di Kampung Changkat Perah, Batu Kurau itulah pilihan yang ada pada mereka. Untuk membaik pulih rumah yang usang itu, rasanya jauh panggang dari api. Encik Mohd Shamsudin tidak berkemampuan untuk menyediakan kos baik pulih yang tentunya memerlukan jumlah wang yang besar.
Memikirkan keselamatan mereka anak-beranak yang tinggal di rumah yang sudah tidak begitu selamat didiami itu, akhirnya Encik Shamsudin memohon bantuan MAIPk agar nasib mereka sekeluarga lebih terbela. Permohonan Encik Mohd Shamsudin itu tidak sia-sia apabila MAIPk meluluskan bantuan bina rumah tetapi terletak di Kampung Siam Batu 20, Batu Kurau, kira-kira 25 kilometer dari rumah asal yang didiami mereka di Kampung Changkat Perah.
Setelah rumah baharu yang bernilai RM76,500 itu siap sepenuhnya, Encik Mohd Shamsudin pun membawa seluruh keluarganya berpindah ke rumah baharu itu. Cuma, tinggal mereka berlima sahaja kerana ibu mertuanya meninggal dunia sebelum rumah baharu itu dibina manakala ibu kandungnya mengambil keputusan untuk berhjrah ke Pahang.
Begitulah antara kisah kehidupan yang ditempuhi oleh golongan asnaf yang disantuni MAIPk. Demi asnaf yang memerlukan pembelaan, segala kesetiaan dan keyakinan para muzakki negeri Perak yang terus istiqamah menunaikan kewajipan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk mampu merealisasikan impian mereka. Teruskan istiqamah melaksanakan kewajipan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan zakat harta anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.