BANTUAN BINA RUMAH : TEMPAT BERTEDUH BERNAMA RUMAH
Lasiah binti Hamdan
Parit Sungai Burong, Tanjong Piandang
Bantuan Bina Rumah
PARIT BUNTAR - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bayangkanlah, kita yang melihat keadaan tempat tinggal yang tidak selayaknya dipanggil rumah milik Puan Lasiah binti Hamdan dari Parit Sungai Burong, Tanjong Piandang itu pun terasa luluh di hati, apatah lagi dia dan dua orang anaknya yang terpaksa tinggal di situ. Tapak rumah itu pula bukan miliknya. Perlu dibayar sewanya sebanyak RM300 setiap satu musim menuai.
Puan Lasiah sudah kematian suaminya akibat kanser. Hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya dahulu, mereka dianugerahi dengan enam orang cahaya mata. Tiga orang daripada mereka sudah pun berumah tangga dan ada tanggungan sendiri. Manakala tiga orang lagi masih bujang. Hanya dua orang daripada mereka yang masih tinggal bersama-samanya.
Lebih mengharukan, kedua-dua orang anaknya itu merupakan OKU mental. Bayangkanlah ujian yang perlu ditempuhnya saban hari. Sudahlah keadaan fizikal rumahnya itu sangat daif. Terpaksa pula menjaga anak-anak yang menghadapi masalah mental.
Syukur Alhamdulillah, akhirnya nasib Puan Lasiah anak-beranak mendapat perhatian MAIPk. Dengan Kerjasama Pejabat Tanah Daerah Kerian, MAIPk telah membantu mendapatkan sebidang tapak rumah untuk Puan Lasiah. Di atas tapak tanah itu, MAIPk membina sebuah tempat berteduh yang selayaknya dipanggil rumah. Kini, Puan Lasiah dapat tinggal di rumah yang benar-benar selamat dan selesa untuk dirinya dan kedua-dua orang anaknya itu.
Terima kasih para muzakki negeri Perak. Dengan zakat yang anda amanahkan kepada Zakat Perak-MAIPk, pelbagai bentuk bantuan dapat disalurkan kepada golongan asnaf berdasarkan keperluan mereka yang sebenar. Teruskan keyakinan anda bersama-sama kami. Tunaikan zakat harta kepada Zakat Perak-MAIPk melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.