• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BAIK PULIH RUMAH : MEMBAIK PULIH TEMPAT BERTEDUH

Abdul Gani bin Mohamad
Kampung Lintah, Slim Village, Slim River
Bantuan Baik Pulih Rumah


MUALLIM - Untuk menampung keperluan hidupnya, isteri dan tiga orang anaknya, Encik Abdul Gani bin Mohamad, 54 tahun, dari Kampung Lintah, Slim Village, Slim River bekerja sebagai pemandu lori. Pendapatan daripada pekerjaannya sebagai pemandu lori itu hanyalah sekitar RM900 sebulan.

Isterinya yang berusia 42 tahun itu hanyalah suri rumah sepenuh masa namun keadaan kesihatannya tidak begitu baik. Dia menghidap diabetes dan mengalami masalah paru-paru bernanah. Pernah sebelum ini, Encik Abdul Gani terpaksa bercuti lama untuk menjaga isterinya yang sakit itu.

Encik Abdul Gani amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya rumah yang didiami bersama-sama isteri dan anak-anaknya itu adalah rumah miliknya sendiri. Jika tinggal menyewa tentulah kehidupannya menjadi lebih sukar. Rumah yang didiami Encik Abdul Gani sekeluarga itu bolehlah dikatakan pada tahap sederhana. Yang penting bekalan air dan elektrik ke rumahnya itu berfungsi dengan baik. Cuma, bumbung di bahagian dapurnya perlu diganti. Selain itu terdapat sebuah bilik tidur yang hanya berdindingkan bata tanpa disimen dan dilepa.

Encik Abdul Gani sekeluarga amat bersyukur apabila dimaklumkan bahawa MAIPk telah meluluskan bantuan baik pulih rumah untuk menyempurnakan keadaan rumah yang didiami mereka sekeluarga itu. Setelah baik pulih rumah yang menelan kos sebanyak RM20,000 itu siap sepenuhnya, rumah itu diserahkan kembali secara rasmi kepada Encik Adul Gani sekeluarga. Hilang segala kebimbangan di hati Encik Abdul Gani tentang keselamatan dirinya sekeluarga. Kini, dengan penuh kesyukuran mereka dapat tinggal di rumah itu dengan rasa aman dan selesa.

Terima kasih para muzakki yang terus istiqamah menunaikan kewajipan bezakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk. Demi asnaf yang perlu dibela mengikut keperluan sebenar mereka. Tunaikan zakat anda secara online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.