• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : BANTU KEDIAMAN YANG LEBIH SELESA

Ahmad Sani bin Abdul Hali
Tanjung Piandang, Parit Buntar
Bantuan Bina Rumah

PARIT BUNTAR - Encik Ahmad Sani bin Abdul Hali, 52 tahun, sudah sepuluh tahun tinggal di rumah pusaka milik ibu bapanya yang terletak di Tanjung Piandang, Parit Buntar bersama-sama isteri yang berusia 33 tahun dan tiga orang anaknya yang masih kanak-kanak. Selain mereka anak-beranak, ibu, kakak dan abang Encik Ahmad Sani turut tinggal bersama-sama mereka di rumah itu. Ibunya berusia 78 tahun manakala abang dan kakaknya masing-masing berusia 54 dan 57 tahun.


Bukanlah suatu masalah bagi Encik Ahmad Sani apabila ibu, kakak dan abangnya turut tinggal di rumah itu. Walaupun rumah itu agak uzur tetapi masih selamat untuk diduduki. Cuma yang menjadi masalahnya adalah keselesaan dari aspek saiz rumah dan juga kesukaran pada isterinya kerana serumah dengan ipar lelaki, iaitu abang kepada Encik Ahmad Sani.

Kalaupun hendak diubah suai rumah itu dengan menambah bilik atau ruang yang privasi untuk isterinya, manalah termampu oleh mereka. Encik Ahmad Sani bekerja sebagai pesawah dengan anggaran pendapatan sekitar RM800.00 sebulan. Isterinya pula bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai pakaian dengan gaji harian sebanyak RM30.00. Tidak termampu mereka hendak menyediakan peruntukan mengubah suai rumah itu.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya Allah SWT memberikan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan situasi yang dihadapi oleh Encik Ahmad Sani sekeluarga. Bagi keselesaan semua pihak, rumah pusaka tersebut biarlah didiami oleh ibu, kakak dan abangnya sahaja. Permohonan bantuan bina rumah MAIPk oleh Encik Ahmad Sani telah diluluskan. Kebetulan terdapat tapak yang sesuai untuk membina rumah buat Encik Ahmad Sani sekeluarga berdekatan dengan rumah pusaka itu.

Pada bulan Mac 2022 baru-baru ini, rumah baharu tiga bilik yang dibina MAIPk melalui skim bantuan bina rumah itu telah siap untuk diduduki dan diserahkan kepada Encik Ahmad Sani. Semoga dengan berpindah ke rumah yang baharu itu, Encik Ahmad Sani sekeluarga dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. Begitu juga buat ibu, kakak dan abangnya yang masih mendiami rumah pusaka tersebut. Terima kasih kepada para muzakki yang telah dapat memungkinkan bantuan yang amat bermakna ini dinikmati oleh golongan mustahiq seperti Encik Ahmad Sani.

Teruskan istiqamah berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk untuk sama-sama membela nasib golongan asnaf dalam memenuhi keperluan asas mereka. Tunaikan zakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.