Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan
Kuala Kangsar, 27 Julai 2013 Bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, satu majlis penyerahan Zakat Perniagaan berjumlah RM 13,156,609.00 telah berlangsung yang melibatkan 7 buah agensi. Agensi-agensi tersebut adalah Lembaga Air Perak yang telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM6,368.000.00 dan Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak berjumlah RM4,628,066.00. Kedua-dua agensi tersebut telah diwakili oleh YAB Dato Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir selaku Pengerusi. Maybank Islamic Berhad membayar zakat berjumlah RM750,000.00 dan Maybank Investment Berhad pula sebanyak RM 200,000.00 dan diwakili oleh Pengerusi Maybank Islamic, Y.Bhg. Dato Seri Ismail Shahudin. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) yang diwakili YB. Dato Haji Abdul Puhat bin Mat Nayan selaku pengerusi telah membayar zakat sebanyak RM798,345.00. KFC dan Pizza Hut (QSR Brands Berhad) masing-masing membayar RM180,740.00 dan RM112,569.00 dan diwakili Y.Bhg. Datuk Ahmad Zaki bin Hamid selaku Pengarah Urusan manakala sebanyak RM88,880.00 pula dibayar oleh Menteri Besar Incorporated yang diwakil oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Y.Brs. Encik Aminuddin Hasyim.