Enam agensi serah zakat perniagaan kepada MAIPk berjumlah RM 3 juta
17 Disember 2021, Istana Kinta- Sultan Perak , Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,006,108.54 daripada enam syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak di Istana Kinta, Ipoh Perak hari ini.
Penyerahan itu didahului oleh Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Tuan Haji Mubarak Ali Bin Gulam Rasul dengan jumlah bayaran zakat perniagaan RM1,106,400.54.
Ia diikuti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) yang diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Zulkefli Bin Abdullah dengan jumlah zakat perniagaan RM500,000.00. Sementara itu, Menteri Besar Incorporated (Perak) diwakili oleh Encik Anuar Bin Zainal Abidin menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM420,000.00.
Seterusnya adalah KPJ Ipoh Specialist Sdn Bhd berjumlah RM335,000.00 yang diserahkan oleh Pengurus Besar, KPJ Sri Manjung Specialist Hospital, Encik Badrul Hisyam Bin Ibrahim. Turut menunaikan zakat perniagaan Perak Integrated Network Services Sdn Bhd berjumlah RM325,000.00 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Adi Reza Bin Abdul Razak. Diikuti QSR Brands (M) Holdings Bhd yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Kewangan, Tuan Haji Razak Bin Nordin berjumlah RM319,708.00.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dato Seri Diraja Dr Mohd Zahidi Zainuddin, YBhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr. Afifi al-Akiti, Orang Besar Jajahan Kinta Dato’ Ab. Wahab Bin Dato’ Seri Azizul Hassan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Encik Shahrul Azam Shaari.