• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Kisah Inspirasi Kejayaan Anak Batu Kurau Di Bumi Mesir

Bismillahirrahmanirrahim..

Di awal coretan saya di sini, suka untuk saya kongsi awal-awal ujian yang saya tempuhi sebelum bergelar Mahasiswi Al Azhar yang pada awalnya dihalang juga oleh keluarga untuk menyambung pelajaran di sini, bukan kerana keluarga ragu-ragu dengan kecerdasan belajar saya tapi kerana saya hanyalah anak kampung yang ayahnya hanya seorang penoreh getah, tak punya kereta,hanya motor kapcai yang sanggup redah hujan hantar saya mengaji agama,percikan air lecak oleh kereta lalu lalang dek kerana hujan sudah biasa bagi kami sekeluarga..ayah cakap ayah tidak mampu nak tanggung kos sara hidup Mesir, mana tidaknya dengan harga getah yang menurun, cuaca yang tidak menentu, sukar untuk ayah pergi menoreh..,hati ini juga yang pada asalnya membuak-buak keinginan untuk sambung belajar di Mesir akhirnya hancur, luluh,air mata jatuh berderai,hanya Allah SWT saja yg Maha Mengetahui hati ni.. Dalam masa yang sama juga, ayah mencari jalan untuk saya sampai juga ke Mesir , minta bantuan sana sini naik motor,dan Alhamdulillah berkat kesungguhan ayah,berkat doa seorang Mak yang sangat memahami, sokongan daripada keluarga dan dengan hadirnya rasa 'Selalu Hebatkanlah Keyakinanmu Dengan Ketentuan Allah', Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan, Allah itu sebaik-baik Pemberi rezeki, Allah itu sebaik-baik Perancang.

Perjalanan menuntut ilmu bukanlah suatu hal yang mudah. Banyak rintangan yang akan dihadapi seperti halnya malas. Tanpa kesungguhan, nescaya seorang pelajar akan mudah putus ada di tengah jalan. Pastinya kita sudah tidak asing lagi kan dengan nasihat, “Man Jadda Wajada” yang ertinya, siapa bersungguh-sungguh pasti akan mendapatkan hasil.
Pengalaman pengajian yang amat menguji kesabaran tapi manis rasanya.. Haha.. Berasa penat di awal pagi harus ke kuliah sampai petang,di sambung pula dengan kelas talaqqi bersama para Masyayikh di sebelah malam, itu belum lagi termasuk masa bila nak mengulangkaji pelajaran, muraja'ah Al quran.. Proses belajar bukanlah suatu perkara yang instant seperti indomie(di mesir) hihi.. Inilah sebabnya kita dituntut untuk bersabar dalam mencari ilmu. Lama cepatnya belajar memang relatif, namun ia harus didapatkan melalui proses dengan jangka waktu tertentu, agar diperoleh kefahaman ilmu secara tuntas.

Bimbingan guru termasuk hal terpenting dalam menuntut ilmu kerana guru akan membimbing, memberi arahan dalam perjalanan mencari ilmu sehingga seorang pelajar tidak akan tersesat bahkan keliru dalam tujuan mahupun pengetahuan.
Pesanan saya untuk yang bergelar penuntut ilmu:

1.Jangan tinggal solat Tahajjud kerana sesungguhnya di tengah larut malam untuk bermunajat sangatlah dahsyat, ungkapan lafaz-lafaz doa sangat berkesan.

2.Perbanyakkan isi makanan rohani(tasbih, istighfar, selawat ke atas Nabi Muhammad Sollallahu'alaihi Wasallam

لا تدع اليوم يمضي وأنت خالي من الأجور.. سبح! استغفر! صل على النبي المصطفى صلى الله عليه وسلم

3.Perbanyak hadirkan diri ke majlis ilmu(talaqqi)berdepan dengan guru atau Ikuti pengajian di online, dengar ceramah
Tuntutlah ilmu di mana anda berada dan mohon lah keberkahan dari setiap ilmu yang telah didapati yang pada akhirnya kita akan menjadi peribadi yang bijak dan memiliki darjat yg tinggi di sisiNya.

Kita mungkin bangga dengan menamatkan pengajian di Al Azhar,tapi ada hal yg paling terpenting dari itu ialah bagaimana Al Azhar bangga dengan kita. Dengan apa? Menjaga turath-turath yang mereka tinggalkan kepada kita dengan memahaminya dan menyelam dalam samudera rahsia-rahsianya.

Graduasi ini hanyalah tanda saya pernah Kuliah di Al Azhar, bukan tanda saya memiliki ilmu-ilmu yang mencapai tahap kealiman sebagai 'tholib' al Azhar itu sendiri.

Semoga kita mampu membumikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan beragama dengan risalah dan jalan yg telah digariskan oleh para Masyayikh al Azhar.. Aamiinn.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mak ayah yang sanggup bersusah payah memberikan yang terbaik buat saya,bukan saya yang hebat, hakikatnya doa mak ayah lah yang hebat ,juga keluarga yang sanggup berkorban demi saya, para guru ustaz ustazah yang banyak beri tunjuk ajar secara langsung atau tak langsung,jiran-jiran kampung,para pemberi zakat, serta sesiapa sahaja yang tak putus membantu dan mendoakan diri ini.
 
Tidak lupa juga jasa baik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ,Para Muzakki dan Atase Pendidikan Negeri Perak yang telah memudahkan urusan perjalanan hidup saya di Mesir.

Bakallahu fii kumm wa jazakumullahu khoir Kisah hebat ini nukilan Graduan Al Azhar yang berasal dari Kampung Relang, Batu Kurau. Nor Adilah binti Rosli merupakan anak ke 4 daripada 6 orang adik beradik pasangan Encik Rosli bin Abd Aziz dan Puan Siti Aishah bt Saidin.

Nor Adilah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Relang, Batu Kurau dan SABK Maahad al Khair Lil Banat, Kamunting sebelum menyambung pengajian di Al Azhar. Adilah tersenarai antara 10 graduan terbaik Al Azhar peringkat Mahasiswa Antarabangsa (Wafidat) dalam bidang Usuluddin (Hadis) dengan memperolehi keputusan Jayyid Jiddan Bil Martabat Syaraf (86%).

Keputusan peperiksaan setiap tahun
Tahun 1 : Jayyid Jiddan
Tahun 2 : Jayyid Jiddan
Tahun 3 : Jayyid Jiddan
Tahun 4 : Jayyid Jiddan

Adilah pernah berkongsi rasa dan harapan dengan admin agar mendapat peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Mesir. Namun ia sedar kekangan kewangan yang terhad pada masa kini sangatlah tidak mengizinkan.

Adilah yang berjaya menghafal Al Quran 30 juzuk di Mesir sedang mengajar Al Quran secara online sejak tamat peperiksaan yang lalu dengan harapan dapat mengumpul sedikit dana sebelum membuat keputusan untuk pulang ke kampung atau meneruskan cita-citanya di Mesir.

Buat semua follower FB yang ingin belajar Al Quran secara online dengan Adilah boleh hubungi admin untuk maklumat lanjut. “Susah bukan penghalang untuk berjaya" kata Adilah




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.