• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Penghormatan Kepada Asnaf Berdikari

Zakat Perak-MAIPk menerima satu berita gembira. Pihak KEMAS negeri Perak telah menyenaraikan 10 orang Usahawan Asnaf Zakat Perak untuk menyertai program anjurannya.

Kami merasa bangga ada pihak luar memerhati rapat perkembangan pembangunan usahawan di bawah kendalian Zakat Perak-MAIPk. Usaha yang kami jalankan selama ini dikira berhasil. Sehinggakan ada pihak luar datang melamar usahawan asnaf bimbingan kami.

Kualiti dan beberapa siri kejayaan program yang telah kami buat menarik perhatian pihak penilai. Manakala peserta kami diambil daripada golongan kurang berkemampuan. Turut menarik minat pihak luar.

Alhamdulillah, 10 orang usahawan asnaf MAIPk terpilih. Mereka dipanggil menyertai Program Quickwin Asnaf Berdikari. Kursus bersemuka selama 5 hari dilaksanakan oleh pihak KEMAS sebelum peralatan & barangan dibawah nilai RM10,000.00 dibekalkan kepada usahawan. Seterusnya pemantauan berkala selama 2 tahun akan dijalankan oleh KEMAS bagi memastikan perniagaan para usahawan asnaf terus berjaya.

Kami sangat menggalakkan usahawan asnaf terus mengikuti program tersebut. Mudahan kejayaan berpihak kepada mereka. Dalam masa yang sama, kami turut memantau perkembangan 10 orang itu.

Kepada asnaf yang berminat dalam bidang perniagaan dan ada kebolehan boleh berhubung dengan pihak kami. Hubungi talian 019-5711 384. Komunikasi menggunakan ‘Whatsapp’ adalah digalakkan. Talian ini khas untuk urusan BANTUAN MODAL / KEUSAHAWANAN / SKIM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF.

Muzakki dan anak-anak Perak, hasil kerja bersepadu kami di setiap daerah diperhatikan pihak luar. Kami kira ini satu pengiktirafan. Teruslah bersama kami membela nasib asnaf. Kita gerakkan bimbingan supaya mereka pulang membawa hasil keluar daripada kemiskinan.

Terus berzakat. Ramai lagi yang perlu kita bela.

‘Transfer jer…’ zakat secara online melalui FPX.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.