MAIPk Santuni Keluarga Terjejas Pandemik COVID-19
Selama, 1 Ogos 2021 – Pihak MAIPk Daerah Selama yang diketuai Pegawai Baitulmal Daerah telah menyantuni keluarga Encik Mohd Azrul Azhar di Sungai Bayor yang telah berhenti kerja atas kekangan akibat pandemik COVID-19. Encik Mohd Azrul terpaksa membuat keputusan berhenti kerja di tempat kerjanya kerana kes COVID-19 berada di paras sangat membimbangkan. Beliau yang menceritakan kisahnya di ruang tamu rumah pusakanya kelihatan sebak atas apa yang berlaku. Pihak MAIPk yang menziarahi beliau memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan pihak MAIPk menyerahkan bantuan kecemasan sebanyak RM200.00 buat menampung kos kesempitan hidup mereka.