31,296 Asnaf Terima Bantuan Aidilfitri 1442H Berjumlah RM7.8 Juta
IPOH, 28 April 2021 - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan bantuan Aidilftri kepada 12 penghulu daerah keseluruhan berjumlah RM7,824,000.00 untuk diagihkan kepada 31,296 ketua keluarga dalam kalangan asnaf di negeri Perak. Bantuan ini merupakan salah satu daripada Skim Bantuan Zakat yang dilaksanakan setiap tahun bagi meringankan beban kewangan golongan yang kurang berkemampuan bagi menyediakan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertua MAIPk, YBhg. Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari.