Bicara Minda “KERJA KITA, IBADAH KITA”
IPOH, 09 Mac 2020 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan program Bicara Minda “Kerja Kita, Ibadah Kita” bersama Syeikh Muhammad Abdel Aziz Mahmoud Ghonim, Penasihat Am dan Ahli Lajnah Fatwa Al-Azhar bertempat di Dewan Al-Ghazali, Tingkat 2 Kompleks Islam Darul Ridzuan. Semoga dengan program bicara minda ini mendapat keberkatan dan limpah rahmat dari Allah SWT sekaligus memotivasikan kita dalam mengerjakan kerja bersunguh-sungguh seterusnya melonjakkan prestasi kerja hingga mencapai prestasi kerja yang cemerlang.