Bengkel Taksiran Zakat Harta Tahun 2020
IPOH, 4 Februari 2020 – Bahagian Pemasaran MAIPk telah mengadakan Bengkel Taksiran Zakat Harta Siri 1 bagi Tahun 2020 telah diadakan bertempat di Dewan Al-Ghazali, Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Bengkel yang dihadiri oleh Amil-amil Profesional negeri Perak ini, bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahun mengenai taksiran zakat agar kaedah pengiraan zakat dapat diselaraskan. Bengkel yang bermula pada jam 9.30 pagi itu berakhir pada jam 1.00 petang dan taklimat telah dikendalikan oleh AF. Ustaz Mohd Latiff bin Talib, Pengurus Bahagian Pemasaran MAIPk.