Penyampaian Bantuan Bina Rumah MAIPk Sekitar Daerah Ipoh
IPOH, 31 DISEMBER 2019 – Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang diketuai oleh Pengurus Agihan Zakat MAIPk, Encik Ahmad Muzammbil Bin Arbain telah menyampaikan repllika kunci rumah kepada lima orang penerima Bantuan Bina Rumah MAIPk di sekitar Daerah Ipoh. Seramai lima orang penerima bantuan bina rumah iaitu Encik Marzuki Nizamuddin, Puan Noor Edah Idris, Encik Mohd Hamdan Ibrahim, Puan Nor Zuhaini Zainal Abidin telah menerima rumah Jenis A (tiga bilik) berharga RM50 Ribu dan Puan Noriah Shahabuddin rumah jenis B (dua bilik) berharga RM44 Ribu. Semoga penerima bantuan ini dapat tinggal rumah yang lebih selesa sekaligus golongan asnaf yang memerlukan bantuan dapat terbela.