MAIPk Terima Zakat Perniagaan Syarikat MIDF Property Berhad
IPOH, 16 Disember 2019 - Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Syarikat MIDF Property Berhad berjumlah RM120,000.00 bagi tahun berakhir 2018 telah diserahkan oleh Tuan Rizahuddin bin Sohari, Pengurus Komunikasi Korporat, MIDF Property Berhad kepada Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk dan disaksikan oleh Encik Ahmad Nazim bin Md. Tajuri, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk. Semoga dengan zakat yang ditunaikan ini ,seluruh Warga MIDF Property Berhad dilimpahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan pahala yang berlipat ganda kepada semua yang terlibat dengan perniagaan yang diusahakan.