Santuni Asnaf di Kg. Sri Utara, Klian Intan, Pengkalan Hulu
Pengkalan Hulu, 27 November 2019 - Pegawai Baitulmal Daerah Pengkalan Hulu, Encik Fairus bin Zahari mengadakan program ziarah asnaf ke atas sebuah keluarga, Encik Asraf bin Jafri setelah mendapat maklumat dari penduduk kampung berkaitan kesulitan yang dihadapi keluarga ini apabila dikhabarkan bahawa anak bongsunya sedang sakit terlantar akibat penyakit H. I. E SILIBIRAPASI Tahap 3.Justeru, usai siasatan dan temubual didapati Encik Asraf memerlukan kerusi roda khas untuk kegunaan anaknya dan kemudahan bagi urusan ulang-alik ke hospital berdekatan. Pihak Pentadbiran MAIPk Pengkalan Hulu seterusnya menyerahkan sumbangan wang zakat dan beras sebagai menampung sementara keperluan keluarga ini. Manakala pembelian kerusi roda akan disegerakan untuk kegunaan seharian anaknya.
#BeriLebihTerimaLebihAgihLebih
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan zakat anda, sila layari ? www.maiamp.gov.my atau hubungi ☎️ 05-208 4000.
Jom tunaikan Zakat secara atas talian di ?https://ezakat.maiamp.gov.my.
#DaripadaAndaUntukMereka#BeriLebihTerimaLebihAgihLebih