MBSB Bank Berhad Serah Zakat Perniagaan
IPOH,– Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah berlangsung di Dapur Al-Ulya, Manjoi pada 14 November 2019. Zakat Perniagaan tersebut adalah daripada MBSB Bank Berhad yang berjumlah RM44,012.16 dan telah disempurnakan oleh Encik Bakiyudin Ahmad sebagai Head of Branch Network and Chanel Mgmt. diiringi oleh Encik Zul Azlee Zakaria (Senior Executive/Digital Ambassador), Encik Mohd Yusof (Sales Manager) dan En. Hamidi Abd Aziz (Financial Advisor Mortgage) manakala pihak MAIPk diwakili oleh Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk telah menerima zakat perniagaan tersebut dan turut disertai AF.Ustaz Nazim bin Md. Tajuri, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, En. Mohd Azmir bin Yahaya dan Encik Mohd Arifullah bin Mashudi, Penolong Pengurus Bahagian Pemasaran. Semoga dengan kesempurnaan kewajiban ini, perniagaan yang diusahakan oleh MBSB Bank Berhad bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya.