Kunjungan Mesra Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
IPOH, 23 - 24 Oktober 2019 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima kunjungan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pada hari pertama pihak MAIPk telah meraikan rombongan MAIWP dengan Majlis Hi-Tea bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari dan turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan),Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Puan Hajah Wan Maizura binti Wan Zahari, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Ustaz Bakri bin Lee serta pegawai-pegawai dan perkhidmat MAIPk. Pada hari kedua, pihak MAIWP telah membuat lawatan ke projek Pemerkasaan Ekonomi Asnaf MAIPk di sekitar Ipoh. Lawatan ini telah diketuai Pengurus Besar Agihan Zakat serta pegawai-pegawai dan perkhidmat MAIPk. Tujuan lawatan ini diadakan supaya pihak MAIWP dapat melihat sendiri kejayaan yang telah dimiliki oleh usahawan asnaf bimbingan MAIPk.