Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak dan ‘Adat Melayu Perak Yang Baharu
IPOH, 17 Oktober 2019 - Sukacitanya Majlis Agama Islam Perak dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) ingin memaklumkan pelantikan YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang baharu berkuatkuasa mulai 16 Oktober 2019. YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari sebelum ini telah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.
Majlis Penyampaian Nota Serah Tugas telah disempurnakan bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk,Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman (yang menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk sebelum ini) kepada YBrs. Tuan Shahrul Azam Bin Shaari selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang baharu.
Seluruh warga MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima-kasih kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, di atas sumbangan dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang beliau menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk mulai 1 Ogos 2018 hingga 15 Oktober 2019.
Seluruh warga MAIPk juga turut mengucapkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang baharu. Semoga dengan pelantikan YBrs. Tuan Shahrul Azam Bin Shaari ini akan meneruskan legasi kecemerlangan demi mencapai visi dan misi MAIPk.