Program Jejak Asnaf Daerah Gerik
Gerik, 10 Oktober 2019 – Bagi menterjemahkan dan memperkasakan keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang kurang bernasib baik, MAIPk telah mengadakan program Jejak Asnaf di sekitar daerah Gerik. Program Jejak Asnaf ini telah menyasarkan kepada lima buah rumah asnaf terpilih. Program Jejak Asnaf ini telah disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) ,Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari dan Pegawai Baitulmal Daerah Gerik, Encik Amirudin bin Osman serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk yang turut serta bagi menjayakan program tersebut. Program ini bertujuan untuk menziarahi dan menyantuni penerima bantuan bulanan, bantuan persekolahan untuk anak-anak Asnaf, memberi bantuan barangan dapur dan duit saku untuk setiap keluarga. Dari segi bantuan bina rumah juga akan diberikan kepada Asnaf yang memerlukan. Kunjungan pihak MAIPk kali ini lebih kepada bantuan bina rumah, baik pulih rumah dan bantuan bulanan. Ini kerana ada dikalangan asnaf yang tinggal di rumah yang sudah uzur dan tidak diselenggara.