Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan PUNB dan KUPP
IPOH, 25 September 2019 - Alhamdulillah pada petang ini, Pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Kelab Usahawan PUNB Perak (KUPP) menunaikan Zakat Perniagaan masing masing berjumlah RM20,000 dan RM49,138.25 bagi tahun 2019. Majlis penyerahan zakat ini disempurnakan oleh Encik Zaini Zakaria, Pengurus cawangan PUNB Perak dan Encik Kamarul Paiza bin Shapie, Bendahari KUPP manakala pihak Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak diwakili oleh Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk telah menerima Zakat Perniagaan tersebut. Semoga dengan kesempurnaan kewajiban ini, perniagaan yang diusahakan oleh pihak PUNB dan KUPP bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya.