• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Zakat Kepada Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Negeri Perak

Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Zakat Kepada Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Negeri Perak

Ipoh, 3 Mei 2019 Bertempat di Hotel Kinta Riverfront Ipoh, telah diadakan Majlis Penyerahan Dana Zakat yang berjumlah RM250,000.00 kepada Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) Hospital Negeri Perak bagi kegunaan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan. Setiap hospital akan diagihkan dana zakat ini mengikut keutamaan kawasan masing-masing. Melalui kerjasama yang dijalinkan ini, mudah-mudahan ia dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan serta kelangsungan hidup pesakit-pesakit yang kurang bernasib baik untuk menjaga kesihatan mereka agar lebih baik. Penyerahan mock cheque telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk. Sesudah selesai penyerahan dana zakat tersebut, sedikit taklimat telah diberikan oleh Ustaz Bakri bin Lee kepada kakitangan-kakitangan yang terlibat dalam usahasama ini agar lebih jelas objektif bagi penyerahan dana zakat tersebut.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.