RM1.6 Juta Bagi Asnaf Ikuti Program Latihan Baitulmal MAIPk
Kompleks Islam Darul Ridzuan - 2 April 2019, Telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Akujanji Program Latihan Kemahiran Baitulmal MAIPk bagi tahun 2019.
Sebagai makluman, bagi tahun 2019 ini pihak MAIPk mensasarkan seramai 300 orang peserta dari kalangan anak-anak asnaf Fakir & Miskin daripada seluruh Negeri Perak untuk menyertai program ini yang menerapkan kursus latihan kemahiran dalam bidang-bidang terpilih.
Untuk fasa pertama ini, pihak MAIPk menghantar hampir 106 orang pelatih yang bakal menjalani latihan kemahiran bagi Kursus Kimpalan, Kursus Penyaman Udara, Kursus Penyediaan & Pembuatan Makanan, Kursus Pembuatan Pastri, Kursus Juruteknik Pengendalian Darat Pesawat dan Kursus Kimpalan Dalam Air. Keenam-enam kursus ini melibatkan kos sebanyak RM1,624,600.00.
Insya-Allah, pada tahun ini pihak MAIPk akan menganjurkan lebih banyak program seperti ini bagi memberi peluang kepada belia-belia asnaf yang berpotensi untuk memajukan diri seterusnya membantu keluarga setelah tamat latihan kelak.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelatih Program Latihan Kemahiran Baitulmal MAIPk.