Lawatan Dan Perbincangan MAIPk Berkaitan Sistem Saraan MAIS
21 Mac 2019 Khamis - Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal & Wakaf (BPPMW), MAIPk mengadakan Lawatan dan Perbincangan Berkaitan Sistem Saraan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertempat di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, Selangor. Semasa lawatan tersebut delegasi MAIPk telah diberikan beberapa penerangan iaitu Taklimat Pengurusan Hartanah MAIS, Taklimat Sistem Tenancy Management System (TMS) serta Taklimat Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
MAIPk diwakili oleh AF Us. Suhaimi bin Yusoff selaku Pengurus Besar, BPPMW, sementara di pihak MAIS pula diwakili oleh Cik Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Penasihat Undang-Undang MAIS merangkap Pemangku Setiausaha MAIS.
Perbincangan turut menyentuh kaedah sewaan hartanah Baitulmal dan Wakaf termasuklah pengurusan sewaan TELCO dan juga pembangunan hartanah Wakaf di bawah pengurusan Perbadanan Wakaf Selangor. Semoga usaha murni di antara pihak MAIPk, MAIS dan PWS akan memantapkan lagi kerjasama serantau bagi melaksanakan amanah pengurusan Mal dan Wakaf demi kepentingan Ummah.