MAIPk Terima Anugerah Cemerlang Pemantauan Laman Web Agensi Bagi Tahun 2018
IPOH, 21 Februari 2019 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima Anugerah Cemerlang atas pematuhan terhadap Kriteria Pemantauan Laman Web Agensi bagi tahun 2018. Majlis penyampaian diadakan di Bilik Gerakan Negeri di Pejabat SUK Perak dan anugerah ini disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Sham Binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan).